Khamis, 31 Mei 2012
Isnin, 28 Mei 2012
DuLu DaN SeKaRanG TaK saMa
lama aku tak tulis blog. bulan nie aku busy sangat2.. aku buat2 busy je lebih,.. aku buat macam2 supaya aku boleh lupakan masalah.. dulu aku ada tempat nak luahkan semua masalah aku. aku percaya abang yang aku sayang macam keluarga aku tu mampu ada waktu susah dan senang aku. tapi tu semua dulu. dulu masa yang tak dapat aku bilang bila masanya. yang pasti bukan sekarang.. hmmm... aku nak share cerita sikit, dulu abang aku nie memahami sangat2 aku, tapi kini tak lagi. mungkin sebab dia dah awek kot.. xpelah tu hidup dia aku tak boleh nak ganggu..dulukan, memang dia pernah kata dia tak pernah berubah tapi aku je yang taw dia berubah or tidak.. dia memang tak kan pernah perasan. pernah satu hari tu.. aku nak kongsi cerita dengan dengan dia, dia tahu aku takde tempat nak share cita.. memang kadang2 aku xnak cita masalah aku pada dia atau pada sape2 lah tapi aku tak mampu nak tanggung sorang2.. tapi masa aku perlukan dia untuk kongsi masalah aku tu, dia xde pun.. dia x jawab cal aku dia x jawab mesej aku.. tapi xpe aku sabar je bab aku taw dia busy jugak.. kadang2 aku x sabar jugak.. aku bosan, aku nyakat dia.. hmm.. dia tetap tak endahkan adik dia nie.. mase tu aku je tahu, bertapa sayu sangat hati nie.. yelah.. sedih sangat masa tu bila aku dihina dengan kaum hawa sendiri kerana aku cakap sayang je pada bekas pakwe dia. aku memang xde niat.. aku ckap macam tu pun sebab aku slalu bermanja dengan ryzal. aku ngan ryzal memang kawan rapat sampai pernah sekali aku kuar teman ryzal beli barang, aku ngan ryzal tolong sorang akak tu, dia kata aku nie isteri ryzal.. memang x masuk akal tapi ryzal cakap ye je.. dia main2 je.. start hari tu ryzal suka panggila akuyunk dan aku lak panggil dia sayang. tu panggilan mesra aku dengan ryzal. tak de yang lebih dari tu pun tapi susah sangat orang nak faham.. aku pun tulis kat wall ryzal sayang tu pun lepas ryzal izinkan tapi aku tak sangka yang bekas ex dia kata aku yang sebabkan dia dengan ryzal boleh putus.. masa ryzal cita sal yang dia nangis malam tu sebab aku, sayu sangat hati nie. ye dia kata, dia nangis sebab pex dia kata ryzal putus dengan dia sebab dah ada aku. aku tak pernah pun nak rampas sape2 dari sape2.. walaupun kadang2 hak aku yang kene rampas. aku tak kesah sal semua tu. bagi aku, aku xkan pernah gaduh dengan wanita hanya kerana lelaki melainkan suami aku.tapi ryzal pujuk aku, dia kata bukan sebab aku pun dia putus cuma sebab awek dia tak faham dia.. bab dia pernah kata yang awek dia adalah orang yang ketiga dalam hati dia selepas ibu ayah, n kawan dan barulah awek dia. bagi dia awek xkan pernah ada saat susah dia dekat u nie.. ok aku terima alasan dia. tapi aku still tak boleh tima bila ex dia kata aku perempuan yang ganggu hidup dia. padahal dia dengan ryzal dah sebulan berpisah.. sungguh.. aku tak pernah dpat kebahagiaan dalam hidup.. semua kebahagiaan aku dirampas. tapi aku redha, aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya.malam tu aku nangis sorang2, aku tak tahu nak cite kat sape.. aku x tahu nak ngadu kat sape. aku ambik keputusan tuk ikot semua yang kawan2 aku buat. g kelas aku x senang duduk sebab ada ryzal skali. aku kuar awal.. aku ponteng kelas pas tu aku ikot wafa g studio. wafa kene jadi model.. masa tu mood memang xde sanagt2.. sampai lah abg ask perasan.. aku paksa senyum.. aku tengok gelagat abg2 senior aku.. mula2 memang bosan tapi lepas tu baru aku jd happy. baru aku terfikir aku tak perlukan sape2 untuk kongsi masalh aku just perlu sibukkan diri aku dengan macam2 program je walaupun aku terpaksa balik lewat malam smpai jam 12. aku taw aku kat sini xde sape kesah sal aku so aku boleh balik smpai pukul berapa aku suka.. memang best hidup macam tu bila jiwa nie tertekan. tapi malam tu ayudini mesej aku, dia suh datang meeting esok. dia tanya aku kat mana? aku jawab aku kat fakulti tengah teman wafa ajar budak menari. dia kata napa balik lewat2 malam, anak dara tak elok balik lambat. aku hanya mampu tersenyum.. care dia buat aku ingat pada abang angkat aku.. ayudini memang kawan yang mudah untuk aku serasikan diri.. heheheehe.. pernah jugak dulu terpikat dengan gaya dia tu tapi bila lama2 baru aku sedar aku hanya suka berkawan dengan dia bukan cinta pada dia. tulah hakikat hidup ni. tapi aku tak suka sangat dengan apa yang terjadi pada aku kini, aku malas nak buat assgmnt, result midterm aku teruk sangat2.. aku tak taw aku nak buat mcam mana. aku tak dpat nak yakinkan diri aku yang aku xda masalah,aku boleh kawal stress dan emosi aku tapi aku gagal bila aku terpaksa bawa diri dengan berprogram. sem nie memang mencabar sangt pada aku. kadang2 rasa tak mampu nak tanggung lagi.tapi aku kene kuat, aku kene tabah.. aku kene capai motif aku berada di universiti nie. kenapa sebab apa? tu yang penting, bukan perasaan aku yang penting tapi perasaan mak n ayah.tapi aku rindu dengn teguran dan marahan orang pada aku. bila aku kene tegur dan marah, aku sentiasa dapat kawan diri aku. aku mampu pikir rasional. dulu masa dekt kampung ayah mak slalu tegur aku. masa aku kawan dengan ana, ana slalu ajar aku mengaji. masa kau rapat dengan abang aku dulu, bila aku nangis je or buat yang tak patut je dia mesti tegur aku r marah aku.. aku rindu smeua tu..tapi sekarang aku xde sape2 nak bntu aku. aku kene tegur diri aku sendiri, marah diri sendiri.. tapi aku tak mampu.. kadang2 kan aku suka buat2 tacing dengan abang aku bab nak tengok dia macam mana. ye dulu memang dia prihatin tapi bukan sekarang. dulu law aku tak mesej dia, mesti dia akan ckap gini.. sunyi je beb.. tapi kini tak dah.. dia lebih nyaman bila aku x mesej dia. tulah nasib seorang adik angkat. kekasih lebih bermakna daripada adik. tapi bukan bagi aku, skali aku kawan baik dengan orang slagi tu lah aku still dengan diri aku.. sebab persahabatan yang aku pegang nielah aku tak mampu nak dekatkan diri dengan lelaki lain walaupun niat laki2 tu hnya untuk kawan dengan aku. aku takut bila aku dah ada kawan baru aku akan lupakan abg angkat aku. sebab aku memang org yang pelupa. tulah hakikat hidup aku kan..
ya allah gantikanlah aku dengan abang yang baru yang lebih sempurna dari dirinya ya allah agar aku mampu berada dijalan yang diredhai olehmu.
ya allah gantikanlah aku dengan abang yang baru yang lebih sempurna dari dirinya ya allah agar aku mampu berada dijalan yang diredhai olehmu.
Rabu, 2 Mei 2012
SiApA yAnG uNtUnG DaN SiApA yAnG RuGi?
Dalam hidup ini pasti ada yang untung dan ada pula yang rugi... mana fair bila ada yang selalu dapat untung tapi tak pula merasa rugi. begitu juga dalam percintaan.. tapi yang pastinya dalam cinta akan pada yang maha esa, hanya manusia yang rugi jika tidak menghargai cinta illahi, cinta yang hakiki lagi cinta yang mampu membawa kebahagian dunia dan akhirat. tapi dalam percintaan antara sesama manusia. pasti ada yang untung dan pasti ada yang rugi. kat sini aku nak tegaskan, jika anda seorang wanita, sangatlah rugi jika anda menjadi cinta pertama lelaki dan tersangatlah untung jika anda menjadi cinta terakhir lelaki. bila aku katakan bergitu,aku dah kaji awal2 lagi.. nak tahu kenapa aku cakap macam tu.. jika anda seorang wanita bila anda cinta pertama lelaki pasti anda akan diduakan. tapi bila anda menjadi cinta terakhir lelaki, pasti anda beruntung sangat2 wahai wanita. anda jangan risau, insya-allah anda tidak akan diduakan tetapi tertakhluk kepada tema dan syarat. apa itu tema dan syarat. pastikan anda tidak berlaku curang dan juga anda tidak buat apa yang tidak disukai si dia. syarat dia juga jangan sesekali anda tolak takdir allah.. ada juga cinta terakhir lelaki tidak menjadi kerana cinta allah yang tentukan dan kita hanya mampu merancang... huhu.. banyak sangat cerita sal untung rugi wanita nie.. per kata kita tukar cite kekaum adam ni pulak..lelaki, anda berada dalam lingkungan yang sangat bertuah jika anda merupakan cinta pertama wanita. wanita itu tersangatlah lembut jiwanya dan mudah tersentuh. jika dia mencinta seseorang lelaki susah baginya untuk melupakan atau menduakan cinta sang lelaki.. tapi itu juga tertakhluk kepada tema dan syaratlah.. pastikan anda bukan lelaki kasanova dan juga cinta wanita itu benar2 pada anda pasti anda akan mendapat keuntungannya..bukan apa, cinta pertama bagi wanita susah nak lupa walaupun dah ada yang lain dia tetap teringat pada yang lama. dan dia pasti akan banding2kan cinta yang dulu dengan baru. tu dah semestinya.. lelaki juga perlu ingat, wanita tidak suka lelaki yang suka ungkit2 apa2 perkara tetapi awas bila anda terlupa sesuatu berkaitan si dia sebagai contoh lupa nak wish hari kelahiran dia, pasti dia angkat ungkit tujuh keturunan.. law x caye, trylah buat pada pasangan anda.. okey... cukuplah smpai disini cerita kita yep..cewah.. ayat skema x boleh bla.. assalamualaikum......
Jumaat, 27 April 2012
BiLa HaTi DaH sAyaNG
betolkan bila hati dah sayang kita rasa cemburu sangat. walupun dia hanya kawan dengan kita je. padahal xde ape2 yang istemewa pun antara dia dengan kita tapi kita boleh cemburu. sebab tulah orang selalu cakap, cemburu tu tandanya sayang dan sayang tu bnyak jenis sayang, sayang sebagai kawan, teman, sahabat n yang istimewa. macam tulah.. tak kira lelaki atau perempuan, bila kita dah sayang mesti kita cemburu kan bila contohnya kawan kita tu ada kawan baru, kita mesti pikir dia akan tinggalkan kita dan buang kita jauh-jauh tulah pasal kita cemburu. dulu aku ada alami masalah ni. aku alami masa aku ada seorang sahabat. sahabat yang aku paling sayang. sungguh aku sayang gila2 dengan dia. tapi bila dia dah dpat kawan baru, aku ditinggalkan dan aku memang rasa cemburu dengan kawan baru dia tu.. law orang dengar mesti orang kata macam budak2 kan tapi tualah perasaan cemburu kerana sayang dan kali ini aku bakal lagi skali rase ape yang pernah aku lalui dulu. aku memang cemburu. aku cemburu bukan aku cinta or ape2 dengan dia tapi aku sayang sangat2 dengan dia. aku takut dia lupakan aku bila dah ade kawan baru. mestilah aku dah tak diperlukan lagi. aku redha jelah... tapi kadang2 manusia nie kena ambik masa jugak... aku sayang dia bab di jelah sorang2 yang paham aku, dia yang ada bila aku sedih, dia je ada bila aku perlukan kawan untuk berbual... aku sayang sangat dengan dia bab tu aku anggap dia mcm abg aku bab aku xnak ilang dia tapi aku silap, walaupun hubungan abg n adik yang aku bina tu, aku tetap bakal ilang dia. aku memang tak sanggup ilang dia so sebelum aku ilang dia, biarlah dia ilang aku.. sekurang2nya aku tak pedih sangt bila dia jauh dari aku bab aku yang buat hal... kannn... ape2 pun aku tetap sayang dia macam family aku... ;)
Sabtu, 21 April 2012
TaK LayaK ke AKu?
bila hati ni terluka pernah tak ada orang datang tanya. sakit tak? perit tak? pedih tak? ade x sape2 yang sudi berkongsi sedih saya dengan diorang? ade tak sape2 yang sanggup rase terluka juga bila saya terluka? hmmm.. xde kan... mana ada yang sangguplah sahabat.. bila kita happy ramailah yang datang.. waa... happynye kamu hari ini.. saya tumpang happy sekali.. hmm... yang tu adalah... sedihkan bila alami situasi macam tu.. saya tak suka sangat awak. saya benci..awak saya nak tanya kaum lelaki, betol ke saya nie tak sesuai buat isteri? betol ke, saya gadis lasak lelaki takut nak dekat? betol ke awak? alah... saya ramai je kawan lelaki tapi xde yang special lah... saya terluka gila bila ada lelaki yang cakap saya macam tu.. sedih sangat2.. saya tak nak lah buat ape yang tak patut saya buat. saya selesa dengan gaya saya sekarang nie.. simple dan x over tapi kenapa ada yang nak pertikaikan yep? perlu ke orang pertikaikan? memanglah kadang2 perlu tapi jangan biarkan orang yang di kritik tu terkulai2 sendiri bagilah dia perlampung agar dia tak tergelam sendirian.. bantulah dia kuar dari situasi tu.. ni tak dah kritik, pas tu bla je... ape punya orang lah... cik norish nie tak kesah sangat kalau nak kritik tapi please jangan jadi pengkritik tetapi tak mampu nak jadi ahli bulan sabit merah (oppss.. maksud cik norish tu jadi penyelamatlah)... cik norish dah penat nak cita panjang lebar, so cik norish nak berhenti kat sini dulu yep... da da di du... >__<
Jumaat, 30 Mac 2012
TENTANG AKU KE NIE?
orang suke je ckp...alah perempuan tu x couple lg tu sebab x lakulah tu.. xde yang nak lah tu..orang tak tahu, berapa bnyak hati yang dia kecewakan sebab perempun tu ade tanggungjawab dia sendiri..orang suke je ckp...alah x kawin lagi sebab xde yang nak masuk meminanglah tu.. orang x sangguplah tu..orang tak tahu, bape bnyak pinangan org yang dia tolak sebab dia ada impian dan cita-cita yang nak dia nak capai..alah tak bermakna x couple n x kawin lagi sebab dia x laku or ape2 lah.. tapi nanti jangan pulak nak ckp.. oww... akhirnya kawin jugak dia.. kita x taw bila jodoh kita ok... :)
JAGA HATI KITA..
hati... bila pikir pasal hati memang susah kita nak rungkai tentang hati nie. aku ada hati n korang semua ada hati. tapi korang tahu tak? macam mana nak jaga hati? jaga hati supaya hati kita tak kotor ataupun tercalar. Hati kita hanya ada satu ok, hati kita memanglah boleh ganti dengan hati orang tapi still tak sama dengan hati yang original. Macam aku, aku mampu jaga hati aku dari disakiti oleh insan bernama lelaki tapi aku tak mampu nak jaga hati aku dari disakiti oleh manusia yang tak pernah rasa puas hati dengan kelebihan orang lain. oh... itulah manusia. aku ni nak cakap baik, x jugak baik tapi nak cakap jahat tak jugak jahat. tapi serius aku tak suka bila dapat kawan yang suka gunakan kawan. tapi hati kita nie bukan untuk lelaki saja ok.. bila cakap soal hati, mesti pikir, hati hanya untuk lelaki. eh... tak betul ok.. hati ini tuk semua orang. tuk allah, nabi, ibu ayah, n semua yang bernyawa.. malah hati pun untuk pokok2 n haiwan2.. hati kita nie kena jaga sebab kita nak guna lama, nanti kalau kita tak jaga hati kita nie, bila hati kita rosak. itu yang banyak sangat kes bunuh diri tu.. sebab tak mampu nak jaga hati. aish... banyaklah kalau nak cakap pasal hati ni.. hati terlalu rumit untuk kita faham..
Langgan:
Catatan (Atom)